Renault Arkana E-Tech, SUV coupé untuk pelanggan kebanyakan, daripada RM156 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Renault Arkana E-Tech
Renault Arkana E-Tech
2018, 2019 dan 2020, itu lah kekerapan Careta memaparkan tentang Renault Arkana dan model kembar Renault Samsung Motors (RSM) XM3 Inspire.

Arkana adalah sebuah SUV coupé untuk pengguna kebanyakan berbanding produk jenama premium BMW, Mercedes-Benz dan Porsche.

Sebuah lagi model untuk pengguna kebanyakan ialah Geely FY11 dan walaupun di bawah satu bumbung dengan PROTON tidak dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Terbaru Renault memperkenalkan model hibrid penuh Arkana E-Tech 2023 dengan perubahan kosmetik, varian baharu dan spesifikasi asas yang dipertingkatkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Renault Arkana UK 2021
Renault Arkana 2021

 

Model 2023 membawa identiti visual baharu Renault yang dipanggil Nouvelle Vague. Rekaan depan masih sama kecuali jeriji baharu yang lebih menonjol.

Arkana Evolution disusun sebagai varian aras mula. Lampu depan LED bentuk C atau seperti kepit ketam mempunyai fungsi alur tinggi dan rendah automatik.

Turut dilengkapi cermin sisi dengan fungsi pemanas, cermin belakang berwarna sedikit (tinted), parkir brek elektronik, kawalan suhu automatik dan kad kunci bebas tangan.

Lagi kelengkapan seperti paparan maklumat pemandu dan sistem maklumat hibur Easy Link tujuh inci dengan navigasi dan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay® tanpa wayar.

Renault Arkana E-Tech 2023

Teknologi bantuan pemandu terdiri daripada sistem pembrekan kecemasan aktif, pengecaman isyarat jalan raya dengan pencegahan had laju dan bantuan mula mendaki.

Turut dilengkapi, kawalan jelajah dengan penghad kelajuan, sensor parkir undur dan kamera pandang belakang.

Lagi kelengkapan seperti amaran penukaran lorong dengan bantuan pengekalan lorong dan pengelap cermin automatik dengan sensor hujan.

Arkana Techno lebih lengkap dengan amaran titik buta, sensor parkir depan dan belakang, amaran lintasan trafik belakang dan parkir brek elektronik dengan fungsi henti automatik.

Bahagian dalam dilengkapi cermin pandang belakang automatik gelap, paparan maklumat pemandu sepuluh inci dan paparan Easy Link 9.3 inci dengan pengecaman suara.

 

Renault Arkana E-Tech 2023

 

Tiga mod pemanduan Multi-Sense meriah dengan lapan warna suasana dan balutan kulit tiruan TEP yang dikeluarkan secara lestari.

Turut istimewa pelapik bumbung hitam dan perehat lengan kerusi belakang dengan pemegang cawan.

Bahagian luar Arkana Techno dipasang rim aloi 18 inci, cermin penumpang dan pintu belakang gelap dan bilah aerodinamik ala F1 pada bambar depan.

Arkana Esprit Alpine diletakkan sebagai varian paling premium dengan perkakasan istimewa seperti rim aloi 19 inci dan cermin sisi hitam.

Varian ini juga istimewa dengan bilah Esprit Alpine F1, muncung ekzos berkembar warna hitam kilat,  perincian luar khas Esprit Alpine dan cermin pandang belakang tanpa bingkai.

Renault Arkana E-Tech 2023

Kerusi depan mempunyai fungsi pemanas dan larasan lumbar (bahagian belakang), stereng dengan pemanas dan kombinasi balutan kulit tiruan Esprit Alpine TEP dan suede.

Sistem Easy Drive mempunyai fungsi tambahan kawalan jelajah boleh suai dengan bantuan Henti & Mula dan pengekalan lorong.

Ada tujuh pilihan warna seperti Glacier White, Pearl White, Metallic Grey, Metallic Black, Flame Red, Zanzibar Red dan warna baharu Midnight Blue.

Kesemua varian Arkana digerakkan rangkaian kuasa hibrid penuh E-Tech yang menghasilkan 145 kuasa kuda (hp).

Pakej itu terdiri daripada dua motor elektrik (motor utama 36kW dan Penjana Penghidup 18 kW) dan enjin 1.6 liter petrol berkuasa 94hp.

 

Renault Arkana E-Tech 2023

 

Sebagai sebuah kereta hibrid moden, Renault Arkana E-Tech mula bergerak dalam mod elektrik. Fungsi e-save mengekalkan kuasa minimum bateri pada tahap 40 peratus.

Kuasa itu boleh diguna sebagai tenaga sokongan untuk memandu dalam mod elektrik apabila diperlukan dan membantu enjin ketika mendaki curam tinggi.

Varian aras mula Arkana E-Tech Evolution dijual pada harga 26,995 pound (RM156,396) dan 28,995 pound (RM167,716) untuk varian pertengahan Arkana Techno.

Varian paling premium Arkana Esprit Alpine pula berharga 31,295 pound (RM180,750)

Penulis: Muhammad Md Tajudin