Renault 4 - sebuah lagi crossover elektrik Renault dengan tema retro

oleh Mohamad Hanif|
Selepas memperlihatkan secara rasmi Renault 5 dengan tema retro, Renault baru-baru ini mengesahkan sebuah lagi crossover baharu bakal menampilkan tema yang serupa, iaitu Renault 4.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Renault 4 (atau Renault 4ever) dibangunkan berdasarkan model kereta keluarga kecil yang telah terjual lebih daripada lapan juta unit antara tahun 1961 hingga 1992.

Model terbaharu ini merupakan sebahagian daripada langkah agresif Renault terhadap elektrifikasi automotif, dimana mereka bakal melancarkan 10 EV baharu menjelang 2025, tujuh daripadanya merupakan model Renault dan selebihnya model kereta sports Alpine.


Menurut laporan daripada Auto Express UK, Renault 4 bakal diperlihatkan secara rasmi menjelang akhir tahun ini, bertepatan dengan sambutan ulang tahun yang ke-60 pelancaran model asal pada tahun 1961.

Sama seperti model Renault 5, Renault 4 bakal membawakan reka bentuk kekotakan yang klasik, selain menawarkan ciri-ciri seperti mampu milik, dan cukup luas untuk membawa keluarga.

Renault sebelum ini memberikan bayangan kereta-kereta yang dibangunkan daripada CMF-BEV bakal memiliki jarak operasi maksimum sejauh 400 km yang direka untuk kenderaan elektrik yang lebih mampu milik, dengan motor elektrik berkuasa 134 hp.

 

 

Gambaran artis Renault 4 - sumber Auto Express UK