Rempuh tiga pelajar UiTM Dungun hingga maut, pemandu wanita dipercayai tidak siuman

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Pemandu wanita yang merempuh empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun sehingga menyebabkan tiga daripadanya maut dan seorang cedera parah dipercayai tidak siuman.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, pihak polis menerima laporan kemalangan jam 7.35 malam di hadapan kampus berkenaan di Kampung Sura Hujung, Dungun pada Rabu.

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dan dua buah motosikal Yamaha jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC.

Siasatan awal mendapati kesemua mangsa dari arah yang sama iaitu dari Kuala Dungun menghala ke Pantai Teluk Gadung.

Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba SUV tersebut telah merempuh bahagian belakang dua motosikal yang berada di laluan sama.

Suspek wanita berusia 49 tahun itu telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mangsa yang maut ialah pelajar UiTM Dungun, Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Khairil Anwar Jamaludin, 20 tahun.

Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang leher, cedera di kepala dan dada sert disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

- salam takziah kepada keluarga mangsa. Suspek mental tetapi mana pihak keluarga suspek? Macam mana dapat kunci kereta dan dalam keadaan tidak siuman boleh memandu? -

Artikel sepenuhnya di Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, daripada jumlah tangkapan itu, empat individu ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta…
Berita Domestik
Antara cadangan ganjaran tersebut ialah diskaun saman trafik kepada mereka yang aktif melaporkan…
Berita Domestik
Dalam kemalangan kira-kira jam 2 petang itu, Mohd Shahrol Anuar Md Roby, 44, meninggal dunia di…