Rempuh penunggang motosikal - Pegawai kanan polis pandu Ativa dipercayai 'microsleep'

oleh Penyumbang Rencana|
foto kejadian FMT
Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Kilometer 32 Jalan Klang-Teluk Intan, Jeram di Kuala Selangor, Selasa lalu, disahkan merupakan pegawai kanan polis yang bertugas di Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya memberi jaminan siasatan dijalankan secara telus dan adil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum kes dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Pegawai terbabit kini sedang mendapat rawatan di hospital akibat kecederaan dalam kemalangan terbabit.

"Semasa kejadian, pegawai terbabit sedang bercuti.

"Kita akan ambil tindakan wajar dan siasatan telah dimulakan.

"Ujian saringan air kencing pegawai terbabit negatif dadah dan berdasarkan rakaman video kejadian yang tular dipercayai 'microsleep’ (terlelap sejenak). Bagaimanapun kita tunggu laporan daripada pihak trafik," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Jumaat.

Polis sedang melengkapkan siasatan daripada saksi, selain rakaman kamera papan pemuka (dashcam) serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah di kawasan kejadian.

Dalam kejadian pada 6.11 petang itu, mangsa berusia 57 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Wave itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Klang ke rumahnya di Kuala Selangor dilanggar sebuah Perodua Ativa dari arah bertentangan.

Kejadian mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu terbabas ke kawasan parit kecil di sebelah kiri jalan.

Mangsa yang juga kakitangan klinik kesihatan mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Hussein, beliau percaya siasatan dapat dilengkapkan secepat mungkin.

Video kejadian di bawah:-

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini giliran Perodua dan Honda pula untuk berpeluh di dahi kerana Careta mendapat tahu bahawa…
Berita Global
Ia membawakan nadi empat silinder sebaris aspirasi natural 1.5 liter DOHC i-VTEC yang mampu menjana…
Berita Global
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian yang…