Rempuh penunggang motosikal bawah jejambat, pemandu kereta ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
foto tangkap layar video
Seorang pemandu kereta ditahan selepas kenderaannya dirakam merempuh penunggang motosikal yang berteduh di bawah jejambat di lorong kecemasan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, selepas Plaza Tol Sungai Besi, di Kuala Lumpur, pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya terkesan satu video tular berdurasi sembilan saat memaparkan insiden itu pada jam 8.40 malam.

"Siasatan awal mendapati penunggang motosikal berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk berteduh telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta.

"Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal berusia 76 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh ambulans untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Zamzuri berkata, pemandu kenderaan berusia 40 tahun itu tidak telah ditahan selepas dia hadir membuat laporan polis di balai trafik.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penahanan suspek dibuat hasil maklumat orang awam dan siasatan polis berhubung…
Berita Domestik
"Lelaki warga emas itu menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda warna biru secara merbahaya…
Berita Domestik
  Mangsa mendakwa berlaku perselisihan faham berkaitan tempat letak kereta dengan suspek yang…