Rempuh pembahagi jalan, kereta putus dua!

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki maut apabila kenderaan dinaiki bersama seorang penumpang hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan dan pokok menyebabkan kereta terbabit terputus dua di Jalan Tuaran - Kota Kinabalu di Kampung Bakut, di Tuaran, Sabah pada 23 Februari lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Nahas jam 11.05 pagi itu, mangsa (pemandu), Azahari Azmi, 22, ditemui tersepit sebelum disahkan meninggal dunia manakala penumpang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang juga adik pemandu mengalami patah tangan kanan.

 

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim, berkata siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Kancil terbabit dipandu dari arah Bulatan Berungis Tuaran menghala ke Kota Kinabalu.

 

“Sebaik tiba di lokasi, pemandu hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan dan sebatang pokok.”

 

“Akibat insiden itu, kereta terputus dua manakala pemandu tersepit dan mengalami parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang tiba lokasi kejadian,” katanya.

 

Menurutnya, pihak polis juga masih menyiasat sama ada kereta dinaiki dua beradik itu adalah kenderaan yang pernah dipotong sebelum ini atau sebaliknya.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.53 pagi dan seramai lapan anggota bergegas ke lokasi bersama dua jentera.

 

“Sebaik tiba, didapati mangsa cedera parah dihantar ke hospital Tuaran manakala seorang lagi mangsa tersepit dan dikeluarkan menggunakan peralatan khas, namun disahkan meninggalkan dunia,” katanya

 

 

Sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, walaupun pembaikan berkala dilaksanakan kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR), namun…