Rempuh pasangan OKU hingga maut, pemandu Myvi mengaku tidak bersalah

oleh Mohamad Hanif|
Seorang juruteknik kilang hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian pasangan suami-isteri Orang Kurang Upaya (OKU), bulan lepas.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Amirul Anwar Mohamed Jelani, 24, didakwa memandu sebuah kereta secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian Ezuddin Mohammad, 50, dan Surayah Muhamat, 46, yang menunggang dan membonceng motosikal ketika itu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Serkam Pantai-Merlimau di sini pada 7.45 pagi pada 6 Jun lepas dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999).

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM50,000.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar menawarkan jaminan RM30,000 dan memohon lesen memandu tertuduh digantung.

Bagaimanapun peguam Mohd Fadzlullah Ramlee memohon jaminan minimum dikenakan terhadap anak guamnya.

Mohd Fadzlullah berkata ia memandangkan anak guamnya menetap di Melaka dan telah memberi kerjasama sepanjang siasatan dijalankan selain menjaga ayahnya yang kurang sihat.

Mahkamah menetapkan jaminan RM12,000 dengan dua orang penjamin serta syarat tambahan, lesen tertuduh digantung dan menetapkan 29 Ogos untuk sebut semula kes.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Boleh didapati dalam versi bumbung targa atau bumbung fabrik standard, varian mesra OKU Mazda MX-5…
Berita Domestik
  "Kita harap ramai kalangan OKU menggunakan keistimewaan ini bersiar-siar di ibu negara menaiki…
Berita Domestik
Mangsa, Muhammad Faizol Azahar, 23 cacat penglihatan mata sebelah kiri, meninggal dunia di lokasi…