Rempuh motosikal bawah jejambat, pemandu lori direman

oleh Mohamad Hanif|
Pemandu lori yang merempuh dua penunggang motosikal hingga maut di bawah jejambat di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sudah ditahan polis, hari ini.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata pemandu lori berusia 28 tahun dan berasal dari Kelantan itu akan direman pagi esok.

"Hasil pemeriksaan awal melalui ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

"Selain itu, suspek juga bebas daripada alkohol namun dia akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 2.40 petang dan sebanyak sembilan motosikal diparkir di lorong kecemasan bawah jejambat terbabit kerana hujan lebat.

"Ketika itu, pemilik motosikal masing-masing berada berhampiran kenderaan mereka.

"Bagaimanapun, sebuah lori dipandu seorang lelaki bersama kelindan datang dari lorong kiri belakang secara tiba-tiba dan merempuh semua motosikal yang berteduh bawah jejambat terbabit," katanya.

Beliau berkata, rempuhan menyebabkan dua penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 28 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

"Seorang daripada mangsa beralamat di Kampung Seberang Chegar Anak Bukit, Alor Setar manakala seorang lagi berasal dari Kuala Kedah.

"Dua lagi lelaki berusia 23 dan 31 tahun masing-masing luka kaki dan dahi kanan dan mereka ketika itu berada atas motosikal dan bahu lorong kecemasan," katanya.

Katanya, seorang penunggang berusia 38 tahun pula didapati tidak mengalami sebarang kecederaan manakala empat yang lain sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian dan menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Video tular berdurasi lima saat itu memaparkan anggota penguat kuasa JPJ tersebut terpelanting dan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian yang berlaku…
Berita Domestik
Anwar berkata, penambahan pelaburan dan peningkatan kerjasama itu dimaklumkan sendiri Presiden…