Rempuh kedai perabot - Pemandu Proton Preve dipercayai mabuk

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemandu kereta dipercayai mabuk merempuh sebuah kedai perabot terpakai dalam kejadian di Jalan Kampung Pasir Ampang, pada petang Ahad.


Kejadian itu mengakibatkan seorang pekerja di kedai berkenaan cedera akibat rempuhan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira jam 6.14 petang.


"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 6.30 petang.

 

"Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Proton Preve dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berumur 36 tahun. Pemandu berkenaan dipercayai mabuk.

 

Seorang pekerja kedai tersebut mengalami kecederaan. Mangsa berumur 20-an pengsan dan mungkin mengalami kecederaan dalaman telah dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

 

Menurut Norazam, pemandu kereta berkenaan cedera dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dia didakwa memandu kereta BMW dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had…
Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…