Rempuh enam kereta, pemandu Lexus positif ganja ditahan polis

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Utusan
Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan selepas kereta yang dipandunya merempuh enam kenderaan lain dan terbalik di Lebuhraya Bukit Jalil pada Sabtu lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Bernama, lelaki itu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi berhampiran Bulatan Lumba Kuda itu, suspek yang memandu kenderaan jenis Lexus telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar enam kenderaan lain yang sedang berhenti di lorong kiri dan kanan jalan bagi menunggu lampu isyarat hijau.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


“Kemalangan itu bagaimanapun hanya menyebabkan kerosakan kenderaan yang terlibat dan tidak melibatkan sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis ganja dan ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebih RM15,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia berikutan terdapat mesej di media sosial yang dimuatnaik oleh dua orang penumpang yang positif…
Berita Domestik
Selain daripada pelanggan yang mahu memanfaatkan tempoh pengecualian cukai SST sehingga 30 Jun…
Berita Global
Jika dibandingkan dengan prestasi tahun sebelumnya (2019), Ducati mencatatkan penurunan jualan…