Rempuh anggota JPJ, suspek direman ada lapan rekod termasuk dadah dan jenayah

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Astro Awani
Seorang lelaki yang dipercayai merempuh seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika menjalankan tugas sekatan jalan raya (SJR), direman empat hari bermula pada Isnin.

Perintah tahanan reman sehingga 21 September itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Majistret Port Dickson, Uthman Abd Ghani.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Penahanan reman terhadap suspek lelaki yang berusia 25 tahun itu bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam.

Suspek yang memakai pakaian lokap bewarna jingga dibawa ke perkarangan Mahkamah Majistret Port Dickson dengan menaiki sebuah van dan dikawal oleh pegawai serta anggota polis.

Dalam kejadian semalam, suspek yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha dikatakan cuba melanggar sekatan jalan raya JPJ di kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu turut tular di media sosial.

Suspek telah merempuh anggota penguat kuasa JPJ yang bertugas iaitu Muhammad Nur Hakim Mohd Razip sebelum dia dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapat rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed dilaporkan berkata, suspek turut mempunyai lapan rekod membabitkan dadah dan jenayah, selain tidak mempunyai lesen memandu manakala cukai jalan tamat tempoh sejak 2012.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Pemandu kenderaan bagaimanapun tidak mengendahkan arahan polis (sebaliknya) memecut…
Berita Global
  Rakaman CCTV menunjukkan pemandu kereta tersebut gagal membelok ke kanan dengan sempurna dan…
Berita Domestik
  Beliau berkata polis telah selesai merekodkan keterangannya pada Ahad berhubung kejadian itu. "…