Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata siasatan awal mendapati lori itu dari Jalan Duta menghala ke Sentul.
Katanya, nahas itu mengakibatkan seorang pemandu Perodua Myvi berusia 45 tahun cedera ringan dan ditempatkan di zon hijau Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
"Pemandu kenderaan lain sudah menerima rawatan dan tiada kecederaan serius dilaporkan. Semua mereka dibenarkan pulang kecuali pemandu lori yang ditahan untuk siasatan.
"Pemeriksaan mendapati, lelaki itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika memandu lori, namun disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin hasil ujian saringan air kencing," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur (03-20260267/69) atau mana-mana balai polis berhampiran.