Rempit di DUKE dan MRR2: Lima lelaki termasuk tiga remaja berusia 15-19 tahun diberkas

oleh SALINA JALIL|
Lagak 'berani mati' dengan berlumba haram beramai-ramai di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Itu tindakan sekumpulan belia dan remaja yang dikesan menjadikan lebuh raya berkenaan sebagai litar lumba pada setiap malam minggu.

Bagaimanapun kegiatan itu mengundang padah apabila lima lelaki termasuk tiga remaja diberkas dalam Operasi Samseng Jalanan di beberapa lokasi sekitar ibu negara, awal pagi kelmarin.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, sepasukan pegawai dan anggota daripada Unit Risikan dan Operasi JSPT Kuala Lumpur yang diketuai Inspektor Solihi Shafie bermula jam 12.30 tengah malam.

 

"Dalam operasi itu, kami menahan lima lelaki termasuk tiga remaja berusia lingkungan 15 hingga 19 tahun di Plaza Tol Keramat, Lebuhraya DUKE, Jalan AU 1b/1 Taman Keramat Permai dan Lebuh raya MRR2.

 

"Menerusi operasi itu, kami mendapati semua penunggang motosikal berkenaan dikesan melakukan aksi zig-zag, menundukkan badan dan bersaing sesama sendiri," katanya tadi.

 

Zulkefly berkata, semakan mendapati dua daripada tiga remaja yang ditahan masih bersekolah di Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima, manakala dua lagi penunggang motosikal berkenaan pula bekerja sebagai peniaga serta pekerja kedai serbaneka.

 

"Pemeriksaan juga mendapati hanya seorang daripada empat individu terbabit mempunyai lesen.

 

"Kami turut menyita lima motosikal membabitkan model Modenas Kriss, Honda RS150, Honda EX5 dan Yamaha 135LC untuk tindakan lanjut.

 

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya lagi, pihak polis masih belum mengambil keterangan pemandu kereta terbabit kerana remaja…
Berita Domestik
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan…
Berita Domestik
"Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal itu bertembung di laluan…