Remaja 'rosakkan' eskalator di stesen LRT Sri Rampai yang baru dibaiki!

oleh SALINA JALIL|
Sebuah eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai tidak dapat berfungsi semula akibat perbuatan seorang remaja yang menekan butang berhenti kecemasan pada infrastruktur tersebut hingga menyebabkan operasinya tergendala sedangkan kemudahan itu baru dibaiki.


Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, perbuatan remaja itu dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar eskalator berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Tindakan dilakukan oleh remaja tersebut boleh dikategorikan sebagai perbuatan vandalisme.


"Butang kecemasan hanya digunakan pada saat-saat genting dan salah guna butang tersebut boleh menyebabkan kerosakan pada eskalator serta akhirnya menimbulkan kesulitan kepada pengguna lain.

 

"Sama-samalah kita menghargai kemudahan awam yang disediakan," menurut hantaran tersebut, pada Isnin.

 

Baru-baru ini, eskalator tersebut yang pernah tular didakwa tidak berfungsi sejak lima tahun lalu sudah boleh digunakan sejak kira-kira lima hari lalu.

 

Unit Media DBKL menerusi kemas kini di Facebook rasminya berkongsi video berdurasi 12 saat memaparkan keadaan semasa tangga bergerak itu yang telah berfungsi.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Informasi
"Boleh sahaja kalau nak percepatkan projek ini kita bina eskalator atas tangga, macam sekarang ada…
Berita Domestik
Menerusi rakaman satu klip video di laman sosial Ruzails memaparkan tiga eskalator yang tidak dapat…
Berita Domestik
Ia berikutan laporan dan gambar yang tular di media sosial yang mendakwa eskalator di Stesen LRT…