Remaja maut langgar kerbau

oleh Hamimah Hamid|
GARA-GARA kerbau dibiarkan berkeliaran,
seorang remaja lelaki maut manakala tiga yang lain cedera selepas motosikal ditunggangI mereka terlanggar sekumpulan haiwan terbabit di Kilometer 2, Jalan Sungai Kroh- Air Kuning, Tapah.

Mangsa, Mohamad Haddrie Naim Azmi, 19 tahun yang menunggang skuter jenis Yamaha Avantis Ego sendirian disahkan maut di tempat kejadian dalam kejadian sekitar jam 1.30 pagi itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal mendapati keempat-empat penunggang dalam perjalanan dari arah Kampung Gajah menuju ke Air Kuning.

 

"Apabila sampai di tempat kejadian terdapat sekumpulan kerbau berada di atas jalan raya.

 

"Oleh kerana jalan yang terlalu gelap dan tiada lampu jalan, kesemua mangsa telah melanggar kerbau lalu jatuh atas jalan," katanya. 

 

Menurut Mohd Yusri, tiga penunggang lain berusia 14, 16 dan 21 tahun yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Kampar bagi mendapatkan rawatan lanjut

 

"Mayat mangsa pula dibawa ke Unit Forensik, Hospital Tapah untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

 

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.