Remaja 16 tahun dibelasah kerana ekzos motosikal bising

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Gara-gara bunyi ekzos motosikal yang bising, seorang remaja dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di kawasan Menara Maju Klang di sini pada Selasa.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu berlaku semasa remaja berusia 16 tahun yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss ditahan oleh seorang lelaki di lokasi terbabit.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Mangsa ditampar dan dipukul. Beberapa rakan lelaki terbabit turut datang dan memukul remaja berkenaan menggunakan kayu serta topi keledar.


Sinar Harian melaporkan mangsa telah menghubungi ayahnya untuk meminta bantuan, namun setelah sampai, ayah mangsa turut dipukul oleh kumpulan terbabit pada hari Selasa lalu.

 

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan remaja berkenaan cedera di badan dan kepala manakala ayahnya luka di tangan.

 

Susulan itu, sepasukan polis yang diketuai Ketua Polis Balai Klang, Inspektor Ahmad Afiq Rusli menahan enam lelaki berusia 17 hingga 45 tahun yang terlibat dalam kes terbabit kira-kira jam 11 malam di sekitar Klang, pada hari Rabu lalu.

 

"Soal siasat mendapati punca kejadian itu disebabkan remaja terbabit membunyikan ekzos motosikal dengan kuat," katanya.

 

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
 

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Hasil siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan mangsa melakukan provokasi dengan membunyikan…
Berita Global
Porsche kini menawarkan produk baharu 911 Soundbar 2.0 Pro, di mana ia menampilkan komponen ekzos…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Bernama, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh…