Reliant Robin si babi plastik

oleh Penyumbang Rencana 2|
Heboh dan tular beberapa hari lalu dimedia sosial babi yang mampu berenang merentasi lautan dan mendarat di Melaka, di dunia automotif terdapat juga kereta digelar Babi Plastik, Reliant Motor Company merupakan syarikat pengeluar kereta beroda tiga dari UK yang ditubuhkan pada 1935.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Reliant Robin dikeluarkan dari 1973 sehingga 1982, kemudian dikeluarkan semula dari 1989 sehingga 2002 setelah dihentikan pengeluaran.  

 

Reliant Robin telah menghasilkan sebanyak empat generasi dengan pelbagai variasi model. Berikut adalah model-model  popular  Robin :

 

robin

 

 

 

Reliant Robin juga turut mengeluarkan beberapa model khas seperti di bawah:

 

robin 2
 

 

 

Model Reliant Robin BN-1 adalah yang terakhir yang dihasilkan pada tahun 2001 pengeluaran berlesen oleh syarikat B&N Plastics.

Model keluaran ini telah ditambah baik dengan transmisi baru, rekabentuk dalaman yang diperbaharui dan mempunyai ‘sunroof’.

 

 

Mengapa Reliant Robin dipanggil Si Babi Plastik?

 

Pertama adalah dari rekabentuk hadapan yang menyerupai sekor babi dan Robin hanya stabil dipandu pada permukaan jalan yang rata dan lurus sahaja seperti babi sedang berlari lurus dan tidak licah, manakala plastik kerana badan Reliant Robin diperbuat dari fiberglass.

 


Pada 1970an adalah kemuncak syarikat Reliant Motor telah menjadi pengeluar kereta kedua terbesar dari UK dan pengilang produk berasaskan gentian kaca (fiberglass)  terbesar di Eropah.

 

Sebab utama Reliant Robin menjadi popular kerana perundangan untuk memandu  kenderaan kurang dari  empat tayar di UK tidak memerlukan lesen kereta, mereka yang mempunyai  lesen motorsikal sudah dibenarkan memandu kereta tiga tayar.

 

 

Di Malaysia Reliant Robin popular bukan sebab ia pernah dijual di pasaran negara, tetapi Reliant Robin muncul di kaca TV rancangan bersiri Mr. Bean dan menjadi musuh kepada kereta MINI Mr Bean.

 

Pada tahun 2016, Reliant Robin telah disenaraikan sebagai 10 kereta paling teruk pernah dihasilkan.  

 

Pada 2007 Reliant Robin turut muncul dirancangan Top Gear dan Jeremy Clarkson telah memberikan gambaran ini  : 

 

reliant golek

 

 

 

Penulis: Muhamad Qalif Latif