RELIANT REGAL - KERETA KEGEMARAN MR. BEAN

oleh Penyumbang Rencana 2|
Siapa tidak kenal dengan Mr.Bean, karakter yang dimainkan oleh aktor Rowan Atkinson. Mr.Bean merupakan sitkom yang pernah menceriakan kita satu masa dahulu ditayangkan pada tahun 1990 hingga 1995.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga kini, sitkom ini masih ditonton oleh orang ramai di seluruh dunia. Kita rasa macam banyak episod, tapi sebenarnya sitkom Mr.Bean ini hanya mempunyai 15 episod secara keseluruhan.

Namun kita bukan hendak bercerita tentang Mr.Bean. Kita hendak bercerita tentang sebuah kereta yang selalu dibuli oleh Mr. Bean. 

 


-    Di dalam sitkom Mr. Bean, terdapat 2 kereta yang menjadi watak utama
-    Pertama sekali adalah Mini. Mini apa? Ada dua Mini yang digunakan oleh Mr. Bean
-    Pertama sekali adalah BMC Morris Mini 1000 Mark 2. Namun kereta ini musnah apabila digilis kereta kebal. Mesti korang ingat episod ini kan
-    Mini kedua adalah British Leyland Mini 1000 Mark 4
-    Kedua-dua Mini Mr. Bean ini berwarna Citron-Green. Bukan kuning ye.
-    Kereta kedua yang menjadi watak utama adalah Reliant Regal Supervan III
-    Kereta apa ni ? Ini lah kereta bertayar 3 yang selalu dibuli oleh Mr.Bean

 


-    Kereta ini dibina oleh syarikat Reliant yang berpangkalan di UK
-    Syarikat ini memang terkenal dengan barisan kereta bertayar tiga
-    Kenapa wujud kereta bertayar 3 ni ?
-    Sebabnya adalah kos pembuatannya yang murah. Disamping itu, disebabkan berat keseluruhan kenderaan adalah ringan dan rekabentuknya, ia diklasifikasi sebagai "Tricycles" atau motorsikal dan mendapat manfaat cukai yang rendah dan tidak memerlukan lesen kereta untuk dipandu
-    Kita pergi ke spesifikasi kereta ini
-    Reliant Regal Supervan III dikuasakan oleh enjin 4 silinder sebaris bersesaran 701cc
-    Enjin ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 29hp dan daya kilas sekuat 47Nm
-    Kuasa yang halus ini kemudian dihantar ke kotak gear manual 4 kelajuan
-    Konfigurasi pacuan kereta ini adalah pacuan roda belakang

 

Sumber: UK Barn Finds

 

-    Walaupun kuasa enjinnya halus, harus diingat bahawa kereta ini hanya seberat 455kg sahaja
-    Kelajuan tertinggi yang direkodkan adalah 112km/h. Boleh pergi lagi sekiranya berani. Gila kau. Tengah top speed tiba-tiba ada selekoh, tak boleh bayangkan macam mana
-    Kapasiti tangki bahanapi adalah 27 liter. Bersamaan dengan RM55.35 RON95 di negara kita
-    Kenapa kereta ini ringan ? 
-    Sebabnya badan kenderaan ini diperbuat daripada "Reinforced Fibre-Glass" dan dipasang pada cesi keluli
-    Siatem brek pula menggunakan brek jenis "Drum" pada bahagian hadapan dan belakang
-    Kapasiti penumpang pula adalah 5 tempat duduk. Kerusi belakang boleh dilipat bagi mendapatkan ruang kargo yang lebih luas

 

sumber: Silodrome


-    Kemasan dalaman kereta ini cukup ringkas
-    Ia menggunakan set papan pemuka yang diperbuat daripada kayu
-    Di papan pemukanya terdapat set meter yang menunjukkan kelajuan di dalam MPH, takat bahanapi, takat suhu enjin dan juga jarak perbatuan
-    Steering yang digunakan pula adalah jenis "3-Spokes". Tiada sistem "Airbag"
-    Sistem pendingin hawa ? Tiada. Kalau panas buka tingkap. Kalau sejuk tutup tingkap
-    "Power Window" ? Tiada. Yang digunakan adalah "Paut Window". Kayuh sendiri
-   Set kerusi dan trim dalaman menggunakan material jenis sintetik. Lebih kurang macam "Semi Leather", digabungkan pula dengan fabrik bagi beberapa tempat
-    Bagaimana pula penerimaan orang ramai terhadap kereta ini?

 

sumber: Silodrome


-    Kereta ini mendapat sambutan yang luar biasa
-    Model Reliant Regal Sedan dan juga Supervan terjual lebih 100,000 unit hanya di UK sahaja
-    Angka ini cukup untuk menunjukkan bertapa popularnya kereta ini pada ketika itu
-    Tambahan pula, kereta ini bukan hanya membintangi sitkom Mr.Bean, ia juga membintangi sitkom "Only Fools and Horses", watak "Tomber" dalam filem kartun "Cars", watak permainan dalam permainan video "Forza Horizon 3" dan muncul pada majlis penutup Sukan Olimpik 2020 di London
-    Begitu besar pengaruh Reliant Regal ini pada budaya UK
-    Harganya ketika baru adalah sekitar £437 bersamaan dengan RM2,499 pada tahun 1972 sebelum inflasi
-    Jika dikira faktor inflasi, nilai £437 ketika itu bersamaan dengan £5,896.70 pada waktu sekarang
-    Kira okay lah kan. Murah, tak perlu lesen, cukai rendah, apa lagi mahu ?
-    Lagi hebat kereta ini bebas karat. Ye lah, badannya dibuat dengan "Fibre-Glass", macam mana nak karat.

 

sumber: Silodrome


-    Sekarang bagaimana ? Sekarang kereta ini semakin tinggi nilainya
-    Kos untuk melakukan restorasi pula mencecah £15,000 bersamaan dengan RM85,817. Gila ke? Haha

Jadi ini lah dia Tuan-Tuan sedikit sebanyak kisah tentang watak yang tersakiti di dalam sitkom Mr. Bean iaitu Reliant Regal Supervan III. 

Penulis: Ahmad Omar

Penulis merupakan seorang pengarah urusan pusat servis kenderaan. Beliau berpengalaman bertugas sebagai mekanik, penasihat teknikal dan pengurus pemasaran di dalam dan luar negara. Beliau juga berpengalaman di dalam mengendalikan jentera-jentera mewah dari Itali, Jerman, UK dan Jepun.