Rekod dunia - pandu mengundur sejauh 16 km dalam masa 30 minit (video di bawah)

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang lelaki di Tamil Nadu, India memandu dalam keadaan mengundur bagi mencipta rekod dunia.

Ia untuk pemanduan mengundur paling jauh dalam tempoh 30 minit.

Chandramouli, 35, mencipta rekod dengan memandu secara mengundur sejauh 16 kilometer (km) dan 140 meter dalam tempoh 30 minit.

Acara itu diadakan di jalan Edappadi di daerah Salem, antara lokasi yang dipenuhi dengan penunggang motosikal di jalan utama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lelaki itu mula memiliki keterujaan memandu secara mengundur sejak berusia 10 tahun, dan kerap berlatih untuk memecah rekod sebelum ini.

 

Rekod sebelum ini dipegang Tesson Thomas, 22, dari Pathanamthitta di Kerala yang memandu secara mengundur sejauh 14.2 km selama 30 minit.

 

Chandramouli berjaya memecahkan rekod itu dengan mencatatkan hanya 29 minit dan 10 saat.

 

Mengulas lanjut mengenai rekod itu, Chandramouli berkata, dia mahu golongan muda memahami kepentingan memandu dengan selamat.

 

"Jika dinilai sebab itu, ia mungkin dianggap tidak masuk akal, namun kita sedar begitu rumitnya pemanduan secara terbalik, walaupun untuk jarak pendek, terutamanya ketika trafik sibuk," katanya.

 

Walaupun sudah berlatih memandu mengundur untuk percubaan itu, Chandramouli berkata, lehernya sakit kerana perlu memandang ke belakang selama 29 minit dan 10 saat.

 

Beliau turut menasihatkan sesiapa yang ingin mencuba memecah rekod itu supaya mengambil langkah keselamatan bagi mengelak risiko kepada diri sendiri dan pemandu serta pengguna jalan raya lain.

 

Rekod untuk memandu secara mengundur paling jauh pernah dicipta pada 1984.

 

Brian Cub Keene dan James Wilbur Wright dari Amerika Syarikat (AS) dilaporkan pernah memandu secara mengundur, sejauh 14,534 km, selama 37 hari.

 

Mereka memandu mengundur merentasi 15 negeri di AS dan sebahagian Kanada.

 

Video di bawah:

 

 

 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Notis panggilan temu siasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 telah…
Berita Domestik
  "Pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan,…
Berita Domestik
  Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata ketika…