Rekaan Thar menyerupai Wrangler - Mahindra bakal dihadapkan ke mahkamah

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Mahindra masih belum menjual Thar secara rasmi di Australia, mereka dikatakan bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada Jeep.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Car Advice, para peguam Jeep sedang cuba untuk menghalang penjualan Mahindra Thar disebabkan rekaan yang hampir menyamai SUV Jeep Wrangler.

Meskipun peguam Mahindra menyatakan pihak mereka tidak pernah berniat untuk memperkenalkan Thar di Australia, namun pasukan undang-undang Jeep berjaya menunjukkan bukti Mahindra membuka pendaftaran minat bagi model Thar di sana.

Mahindra baharu sahaja mengimport satu unit Thar untuk pasaran Australia, dan syarikat itu masih lagi belum memulakan proses homologasi bagi membolehkan ia dijual secara rasmi di sana.

 

sumbe gambar: GaadiWaadi


Mahindra Thar dilancarkan secara rasmi pada Ogos 2020 dengan membawakan rekaan yang hampir menyamai Jeep Wrangler, dan ia bukanlah satu masalah memandangkan syarikat itu juga turut mempunyai hak menjual model Jeep Wrangler CJ di sana.

Jeep dan Mahindra pernah bertemu di mahkamah Amerika Syarikat pada tahun 2019 menerusi model Roxor yang didapati menyamai model off-road terkenal Jeep sehingga menyebabkan penjualan Roxor dihentikan seketika.

Hanya pada penghujung tahun 2020, baharulah US International Trade Commisssion mengiktiraf rekaan Roxor 2021 dan penjualannya dibenarkan di sana.

Sumber: Car Advice

Berita Berkenaan

Berita Global
Peguam utama Michael Donelly berkata, penyelesaian A$271.8 juta (AS$178.3 juta) adalah '…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…
Berita Domestik
Menurutnya, operasi dijalankan sekitar Jalan Tun Sambathan, Jalan Sri Hartamas, Jalan Beremi, Jalan…