Rekaan t-shirt baharu Uniqlo tampilkan ikon Volkswagen, harga jualan RM39.90

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi mereka yang gemarkan gaya fesyen terkini, Uniqlo hadir dengan barisan t-shirt terkini (UT Collection) khusus buat lelaki-lelaki di luar sana. 

Barisan t-shirt di bawah jenama The Brands ini menampilkan lapan rekaan klasik model ikonik yang dekat di hati iaitu Beetle, Kombi dan Golf GTI untuk dimiliki. 
 


Kesemua lapan rekaan t-shirt UT ini tampil minimalis dan tetap menarik dalam masa yang sama, selain mengekalkan identiti warisan Volswagen selama lebih 80 tahun itu. 

T-shirt The Brands di bawah UT Collection ini boleh didapati di kesemua outlet Uniqlo di seluruh Malaysia dengan harga jualan RM39.90.