Rekaan sebenar BMW 5 Series Touring 2024 terdedah

oleh Mohamad Hanif|
BMW 5 Series generasi kelapan telah pun diperlihatkan secara rasmi pada bulan Mei yang lalu.

Untuk permulaan, ia hanya boleh didapati dalam versi sedan tiga kotak sahaja buat masa ini, namun pembeli boleh mendapatkan 5 Series dalam versi petrol, EV, serta versi M5 yang bakal dilancarkan kelak.

Bagaimana pula dengan versi wagon?
 

bmw 5 series


Usah risau, kerana anda sendiri boleh melihat rupa paras sebenar 5 Series Touring berdasarkan imej pendaftaran paten yang muncul di laman Registered Design Service UK.

Berdasarkan semakan, permohonan paten 5 Series Touring itu diklasifikasikan di bawah kategori "Motor Cars, Buses and Lorries", serta "Games and Toys" yang mencadangkan 5 Series mungkin akan ditampilkan dalam bentuk model berskala.

Rekaan depan 5 Series Touring ini sememangnya mengikut pendekatan yang dibawakan pada model 5 Series Sedan, dengan struktur jeriji buah pinggang, bukaan liang udara pada bawah bampar, serta unit lampu yang sama reka bentuknya.
 

5 series


Bermula dari tiang B ke belakang, model Touring ini membawakan garis yang lebih memanjang, sementara unit lampu belakang pula menyerupai tema yang dibawakan pada model sedan.

Selain daripada versi petrol dan elektrik, 5 Series Touring akan ditawarkan dalam versi M5 Touring, di mana terdapat laporan ia akan dibekalkan dengan nadi V8 4.4 liter turbo berkembar yang dipadankan dengan motor elektrik.

Baca: Spesifikasi BMW 5 Series 2024

Sumber: Registered Design Service UK

 

Gambar intip BMW 5 Series Touring

 

Gambar intip BMW M5 Touring 2024

 

Imej paten BMW 5 Series Touring 2024