Model yang bakal muncul pada tahun 2024 pula merupakan Polestar 5, di mana imej paten yang diperoleh daripada pejabat pendaftaran European Union Intelectual Property Office memperlihatkan rekaan sebenar model baharu Polestar itu.

Sekali imbas, rekaan Polestar 5 versi produksi ini membawakan persamaan bentuk yang ketara dengan versi konsep Polestar Precept, dengan beberapa perubahan bagi menjadikannya lebih mudah untuk dihasilkan dan sah digunakan atas jalan raya.
Seperti contoh, jarak kelegaan tanah yang lebih sesuai untuk kegunaan jalan raya, diikuti dengan tiang B tradisional, lampu brek ketiga yang lebih panjang, diikuti dengan cermin sisi konvensional menggantikan kamera sisi pada model konsep.

Tiada sebarang info berkenaan trenkuasa pada model Polestar 5 ini, namun ia dilapor bakal menjadi pesaing rapat kepada model-model EV seperti Porsche Taycan, Audi E-Tron GT serta Tesla Model S yang sudah sangat berusia itu.
Baca: Polestar Precept Concept
Sumber: European Union Intellectual Property Office menerusi Motor Trend
Imej Paten Polestar 5