Rekaan paten SUV Dyson terdedah - bakal pesaing Tesla Model X?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sudah hampir dua tahun sejak syarikat pembuat pembersih hampagas, Dyson mengumumkan penyertaan mereka di dalam arena kereta elektrik, namun sehingga kini masih tiada sebarang butiran lanjut berkenaan projek tersebut. 

Sebenarnya Dyson sudah pun mendaftarkan paten kenderaan elektrik mereka pada tahun 2017, dan hanya pada tahun ini baharulah mereka mendedahkannya kepada umum, lengkap dengan dimensi serta konfigurasi yang bakal dibawakan.

Pun begitu, menurut satu emel yang dihantar oleh pengasas James Dyson kepada Bloomberg, lakaran tersebut tidak menggambarkan rupa bentuk sebenar EV baharu tersebut. 

James Dyson menjanjikan EV tersebut bakal mempunyai teknologi serta inovasi terkini pada aspek dinamik, keberkesanan dan juga seni reka bentuk kenderaan. 
 


Lakaran tersebut turut mendedahkan sebuah kenderaan dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi dan roda yang besar - memberikan gambaran EV baharu Dyson ini bakal bersaing dengan Tesla Model X. 

Selain daripada itu, terdapat juga varian dengan titik graviti yang sangat rendah yang mampu meningkatkan kadar pengendalian kereta tersebut. 

Walau apa jua reka bentuk yang bakal hadir, kereta elektrik pertama Dyson ini akan dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat tersebut, termasuklah motor elektrik 'digital', bateri, perisian dan sistem penyejukan dan pemanasan. 

EV pertama Dyson ini bakal diproduksikan di Singapura pada tahun 2020 dan berkemungkinan besar ia diperkenalkan kepada umum pada tahun berikutnya. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jim Rowan yang merupakan bekas CEO Dyson antara tahun 2017 hingga 2020 itu sebelum ini turut…
Berita Global
Manakan tidak, projek untuk menghasilkan sebuah kereta elektrik bukanlah satu perkara yang boleh…
Berita Global
Menurut James Dyson, walaupun dengan teknologi dan rekaan yang lebih maju berbanding EV sedia ada,…