Rekaan HR-V 2023 terdedah - rekaan khusus untuk pasaran Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Honda HR-V generasi baharu telah pun dilancarkan pada tahun lalu dengan reka bentuk yang lebih moden.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, untuk pasaran Amerika Syarikat, Honda nampaknya mempunyai sesuatu yang lebih berbeza, dan ia dibuktikan menerusi lakaran yang didedahkan baru-baru ini.

Disifatkan sebagai sebuah crossover yang lebih sporti dan versatil, Honda HR-V 2023 kini tampil dengan rekaan yang lebih unik dan 'lebih hidup' jika dibandingkan dengan model HR-V pasaran global.

Menerusi lakaran terbaharu ini, Honda HR-V 2023 membawakan rekaan gril  berbentuk melonjong, unit lampu utama dengan DRL berbentuk L, diikuti dengan rekaan lampu belakang dengan grafik yang lebih menonjol.
 

HR-V


Tidak seperti model HR-V sedia ada dengan pemegang pintu belakang yang tersembunyi, Honda HR-V 2023 membawakan pendekatan yang lebih konvensional, diikuti dengan garis bahu yang lebih tegap.

Di Amerika Syarikat, Honda HR-V merupakan salah satu model terpenting buat Honda, dengan 137,090 unit telah terjual untuk tempoh tahun lalu.

Tarikh pelancaran Honda HR-V 2023 tidak didedahkan lagi buat masa ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Honda HR-V 2023 ini berkongsi platform dengan sedan segmen C…
Berita Global
Tidak seperti HR-V yang sudah mendarat di Eropah, serta beberapa pasaran Asia Tenggara, Honda HR-V…
Berita Global
Versi yang kita ketahui (dan telah pun dilancarkan di negara jiran) merupakan versi yang sama…