RE:GENERATE: kerjasama antara BMW Group Malaysia, Pentas Flora untuk tangani isu sisa automotif

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Baru-baru ini, pengeluar jenama kereta premium iaitu BMW Group Malaysia telah mengumumkan kerjasamanya dengan pembekal solusi pengurusan sisa berjadual dari Malaysia, Pentas Flora untuk tangan isu sisa automotif di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kerjasama itu telah dirasmikan dalam satu majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bertemakan sesi meja bulat perihal Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) anjuran BMW Group Malaysia.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Bagi kami di BMW Group Malaysia, visi kami terhadap kelestarian adalah amat jelas."

"Menerusi segala usaha kami untuk menangani permasalahan perubahan iklim, kami memastikan strategi kami adalah bersifat Sirkular dan juga Bertanggungjawab, di samping mengorak haluan yang bertepatan dan konsisten ke arah sasaran neutraliti iklim menjelang tahun 2050."

 

2

 

"Dalam usaha tersebut, kami akan memacu aspirasi global Kumpulan Syarikat ini di peringkat tempatan, sambil memberi inspirasi kepada lebih ramai peneraju industri di Malaysia bagi mendahulukan aspek ESG semasa membuat keputusan untuk operasi mereka.”

Sehingga hari ini, lebih 30,000 liter sisa minyak pelincir telah dikumpul dari 4 buah pusat pengedar BMW di kawasan Lembah Klang.

Sisa minyak itu dihantar ke kilang penapisan Pentas Flora di Banting untuk menjalani pemprosesan minyak asas eko bertapis (EBO), dan diagihkan semula ke ke sektor automotif.

Sebagai sebahagian daripada program RE:GENERATE oleh BMW Group Malaysia untuk menerapkan prinsip sirkulariti dalam organisasinya, kerjasama dengan Pentas Flora ini merupakan langkah pertama yang penting bagi memastikan bukan sahaja sisa automotifnya diuruskan dengan baik, malahan untuk beralih daripada pendekatan linear yang konvensional.

 

3

 

Tujuan utama usaha itu untuk melibatkan seluruh pusat pengedaran BMW di Malaysia bagi usaha pengitaran semula minyak dan pelincir terpakai.

Ia juga bagi menggalakkan lebih ramai penggiat industri untuk memberi tumpuan khas terhadap pengurusan sisa bagi memastikan sisa tidak lagi dibuang dengan sewenang-wenangnya di tapak pelupusan, dibakar, atau dilupus secara haram.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…