Regas Premium Sabah kini berpindah ke fasiliti 4S baharu di Kota Kinabalu

oleh Mohamad Hanif|
Regas Premium Sabah selaku pengedar rasmi tunggal jenama BMW di Sabah sejak 2018 kini mengumumkan pemindahan operasi ke fasiliti baharu yang terletak di Kota Kinabalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat bertaraf 4S (Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem) itu bakal menempatkan portfolio jenama BMW, BMW Motorrad, BMW Premium Selection dan juga BMW i, selain menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan termasuklah pembaharuan insurans kenderaan, perkhidmatan tukar-beli dan BMW Financial Services.
 

BMW


Fasiliti empat tingkat ini mempunyai keluasan 40,000 kaki persegi yang jauh lebih besar berbanding bangunan lama di Jalan Penampang, dan mampu memuatkan sehingga 28 buah unit kereta pameran.

Antara kemudahan yang tersedia termasuklah ruang pelanggan, ruang penyerahan, Isetta Bar, BMW Lifestyle & Merchandise, BMW Parts, zon rehat, Reception at the Car (RATC), Grand Klasse Lounge (GKL), BMW Motorrad Community clubhouse, BMW Motorrad Gear & Garment, serta pengecasan AC/DC di ruang parkir.
 

BMW Motorrad


Regas Premium Sabah terletak di Lot 2, Jalan Iramanis, Off Jalan Ulam Bunga Raja, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, beroperasi setiap hari bermula 8.30 pagi, dan tutup pada hari Ahad.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran
Kawasaki Kuching tersebut merupakan pusat 4S di bawah pengurusan Ghee Hua Co Sdn Bhd yang bakal…
Berita Domestik
Pembukaan dua lagi pusat 4S baharu itu kini mengukuhkan lagi kedudukan GWM di Malaysia bagi…