Regas Premium Auto Kuching pamer jentera klasik BMW 700 Coupé

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para peminat jenama BMW terutama bagi penggemar model-model klasik yang berada di sekitar Kuching, Sarawak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana salah satu daripada pengedar rasmi jenama BMW, Regas Premium Auto baru-baru ini memperlihatkan sebuah kereta klasik BMW 700 Coupé sekaligus melancarkan pembukaan seksyen Regas Premium Auto Heritage bertempat di pusat pengedar mercunya di Kuching.
 

700 coupe


Gavin Tay dari Regas Premium Auto Kuching menjelaskan, "BMW 700 Coupé merupakan sebuah model klasik yang bersejarah dari BMW Group, dan kami berasa amat teruja untuk menampilkan sebuah model yang cukup luar biasa ini di sini.

BMW 700 Coupé menampilkan pembinaan casis monocoque pertama dari BMW dan model ini juga secara tidak langsung membantu jenama itu daripada hampir bankrap pada tahun 1959.
 

700 Coupe


BMW 700 Coupé merupakan legasi yang ditinggalkan oleh Wolfgang Denzel, seorang jurutera automotif dan pengedar bagi jenama itu di Australia, di mana beliau bekerja dengan pakar pereka Giovanni Michelotti uintuk membangunkan sebuah model konsep menggunakan casis BMW 600 pada ketika itu.

BMW 700 Coupé ini dikuasakan oleh enjin boxer yang asalnya digunakan pada jentera motosikal BMW dengan sesaran dipertingkatkan daripada 600 kepada 700 cc, digandingkan dengan transmisi empat nisbah kelajuan.

Model ini diperlihatkan secara rasmi pada 9 Jun 1959 oleh barisan pengurusan BMW yang diketuai oleh Dr. Heinrich Richter-Brohm di Fendalfing, Munich.
 

700 Coupe


Pada ketika itu, BMW 700 Coupé ini merangkumi 58 peratus daripada jumlah pengedaran sebanyak lebih daripada 35,000 unit pada tahun 1960, dan model tersebut mencapai angka pengedaran sebanyak 190,000 unit pada tahun 1965.

Pameran BMW 700 Coupé ini dibuka secara rasmi kepada umum bertempat di seksyen warisan Regas Premium Auto Kuching.

Untuk pertanyaan, sila hubungi 082-467777 atau layari https://www.bmw-regas.com.my/

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terletak di dewan pameran Regas Premium Auto, ia adalah satu-satunya pusat jualan BMW di Sarawak…
Berita Domestik
Berucap sewaktu majlis pembukaan yang telah berlangsung, En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan…
Berita Domestik
En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “…