Red Bull perlihat jentera F1 RB16B - bakal beri saingan sengit kepada pasukan Mercedes

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan F1 Red Bull baru-baru ini memperlihatkan secara rasmi jentera F1 RB16B yang akan digunakan oleh Max Verstappen dan Sergio Perez musim ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jentera RB16B itu dibangunkan berdasarkan jentera RB16 yang terdahulu, dengan harapan ia bakal memberikan sinar yang cerah untuk pasukan tersebut di tangan kedua-dua pelumba Verstappen-Perez itu.

Dengan pengenalan RB16B itu menandakan ini merupakan tahun terakhir kebergantungan Red Bull terhadap enjin Honda, sebelum pengeluar tersebut meninggalkan sukan F1 selepas musim ini.
 


Perez dan Verstappen dijangka akan menguji RB16B ini di Litar Silverstone pada Rabu ini sebelum memulakan sesi ujian pra-musim bertempat di Litar Antarabangsa Bahrain pada 12-14 Mac, dua minggu sebelum musim pembukaan Bahrain Grand Prix pada 28 Mac nanti.

Sumber: F1.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…