Recall: Volvo Malaysia panggil semula 545 unit kereta, libatkan masalah modul kawalan brek

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Berikutan kempen recall secara global yang melibatkan lebih 106,900 unit kereta dengan masalah modul kawalan brek (BCM), Volvo Car Malaysia (VCM) telah memanggil semula sebanyak 545 unit kereta terlibat untuk pasaran tempatan.

Antara beberapa model yang terlibat dalam kempen recall tersebut ialah model Volvo S60,S90, V60, C40, XC40 dan XC90  tahun 2023.

 

2

 

Menurut VCM, kereta terkesan dengan masalah tersebut akan mengalami brek yang kaku dan kehilangan fungsi bantuan brek elektronik, jika isu tersebut berlaku pemandu akan menerima amaran melalui modul maklumat pemandu (DIM).

Selain itu, masalah modul kawalan brek (BCM) juga boleh mengakibatkan kehilangan fungsi ABS, ESC, kawalan cengkaman, serta fungsi bantuan pemanduan seperti cruise control dan pemanduan one-pedal.

 

3

 

Apabila melibatkan isu keselamatan, ianya pasti akan menjadi keutamaan Volvo, setakat ini masih tiada insiden yang melibatkan isu modul kawalan brek (BCM) tersebut di Malaysia.

Namun suatu kekurangan untuk pengguna Volvo di Malaysia, mereka tidak akan menerima kemas kini untuk perbaiki isu tersebut secara Over-The-Air (OTA).

 

4

 

Sebaliknya, pemilik yang terjejas akan dimaklumkan oleh VCM untuk membawa kereta mereka ke pusat servis berkaitan bagi membaik pulih isu tersebut.

 

Sumber: soyacincau

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangun menggunakan platform CMA, ia membawakan dimensi berukuran 4,820 mm, lebar 1,925 mm, tinggi…
Informasi
Rata-rata di antara kita tahu kekuatan jenama Volvo itu sendiri sejak ia mula menempa nama di…
Berita Global
Bercakap kepada Reuters, ketua eksekutifnya Jim Rowan memberitahu tiada sebarang keperluan untuk…