Recall untuk Yamaha YZF-R25 dan XMAX Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Hong Leong Yamaha Motor telah mengeluarkan notis untuk semua pemilik motosikal model YZF-R25 dan skuter maxi XMAX di Malaysia.

Yamaha Motor Co. Ltd. Japan nampaknya telah melakukan program panggil semua atau "recall" untuk kedua-dua model itu di seluruh dunia atas masalah tuil brek.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum itu, satu panggil semula berkaitan tuil brek pernah dilakukan oleh Yamaha USA untuk model YZF-R3 di sana di mana tuil brek hadapan itu mempunyai kemungkinan untuk patah bila ditarik dengan terlalu kuat.

Ini mungkin kerana bahan yang digunakan mempunyai masalah semasa dikilangkan, iaitu buih udara berlaku di dalam acuan logam yang menyebabkan ia tidak sekukuh yang sepatutnya.

Di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor telah membuat pengumuman yang hampir serupa berkaitan tuil brek untuk model TZF-R25 dan skuter maxi XMAX.

Tuil brek terbabit akan diganti secara berperingkat, mengikut kawasan.

Di bawah ialah unit-unit motosikal yang terlibat:

Model motosikal:                   YZF-R25 2019
Komponen berkaitan:            Brake Lever 2
Nombor kerangka terbabit:

PMYRG1520K0000127 – PMYRG1520K0000166

PMYRG1520K0000207 – PMYRG1520K0000246

PMYRG1520K0000247 – PMYRG1520K0000286

PMYRG1520K0000287 – PMYRG1520K0000326

PMYRG1520K0000327 – PMYRG1520K0000366

PMYRG1520K0000367 – PMYRG1520K0000406

PMYRG1520K0000407 – PMYRG1520K0000446


Model motosikal:                  XMAX
Komponen berkaitan:           Brake Lever 2
Nombor kerangka terbabit:

PMYSG4010K0001727 – PMYSG4010K0001766

PMYSG4010K0001767 – PMYSG4010K0001806

PMYSG4010K0001807 – PMYSG4010K0001846

PMYSG4010K0001847 – PMYSG4010K0001886

PMYSG4010K0001887 – PMYSG4010K0001926

PMYSG4010K0001927 – PMYSG4010K0001966

PMYSG4010K0001967 – PMYSG4010K0002006

Pihak Hong Leong Yamaha Motor akan menghantar notis kepada semua pemilik motosikal yang terbabit bermula pada pertengahan Jun 2019.

Pemilik yang terlibat dan telah menerima notis tersebut kelak akan diminta untuk menghubungi pengedar sah Yamaha dan cawangan-cawangannya untuk membuat temujanji bagi menggantikan komponen tersebut.

Hong Leong Yamaha Motor berkata pemilik masih boleh menunggang motosikal mereka.

Pengumuman rasmi itu boleh dibaca di laman web Hong Leong Yamaha Motor di pautan ini.

http://www.yamaha-motor.com.my/official-notification-from-hong-leong-yamaha-motor-to-all-yzf-r25-and-xmax-owners-for-parts-replacement-programme-may-2019/


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia membawakan perubahan dari segi rupa paras, di mana elemen rekaan 'Darth Vader' pada skuter…
Berita Domestik
Ia adalah kemaskini kali kedua pada tahun ini selepas pihak HLYM memperkenalkan warna Icon Grey dan…
Berita Global
Menurut media-media barat, Yamaha akan melakukan perubahan dari segi rekabentuk serta penambahan…