Recall: lebih 500 unit Ford Explorer Police Interceptor alami masalah skrin komputer

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Lebih 500 unit Ford Explorer khas untuk kegunaan polis US telah dipanggil semula akibat masalah dengan skrin komputer 12.1 inci yang terbina khas untuk kegunaan polis US.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ford, apabila kereta tersebut mengundur dan skrin komputernya telah dimatikan, gambar kamera semasa mengundur tidak akan dipaparkan.

 

2

 

Isu tersebut disebabkan oleh masalah pada perisian Integrated Computer Screen (ICS) yang tidak berfungsi dengan betul semasa paparan pada skrin bertukar untuk mengundur.

Panggilan semula itu melibatkan 521 model Ford Explorer yang dihasilkan antara 26 Jun 2020 hingga 7 Oktober 2022.

 

3

 

Bagi mengatasi masalah tersebut, perisian Integrated Computer Screen (ICS) akan dikemas kini, dimana ia akan dilakukan secara percuma.