2,518 unit melibatkan Perodua Alza (varian X,H,AV) dan 1,139 unit Perodua Aruz (varian X,AV) dengan isu ketinggian sasaran lampu utama tidak mematuhi spesifikasi, sementara 65 unit melibatkan Honda CB350RS dengan isu sensor kelajuan.
Menurut JPJ, setiap pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak Perodua dan Boon Siew Honda bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan, pemilik juga dibenarkan walk-in ke mana-mana pusat servis berhampiran.
Setiap kos penggantian komponen yang melibatkan isu tersebut juga akan ditanggung oleh pihak Perodua dan Boon Siew Honda.