Recall: Honda Malaysia panggil semula 49,116 unit Odyssey dan Accord

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Honda Malaysia mengumumkan bahawa ia sedang melakukan proses panggil semula untuk model-model Odyssey dan Accord kerana dua masalah:

A. Kegagalan pengesan bateri (Battery Sensor Failure)

  • Papan litar bercetak (Printed Circuit Board) untuk pengesan bateri dikatakan mengalami masalah ketika proses pembuatan dan boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada pengesan.
  • Akibat itu, ia memungkinkan asap keluar dari bahagian enjin dan dalam kes paling buruk, ia mampu menyebabkan kebakaran.
  • Model yang dikesan mengalami masalah ini ialah Honda Accord tahun 2013 hingga 2016 dan sebanyak 20,233 unit yang terbabit di Malaysia.

 

 

B. Kerosakan komponen cermin sisi (Defective Door Mirror Component)

  • Masalah ini membabitkan cermin sisi yang terlipat ketika kenderaan sedang dipandu atau sedang diparkir.
  • Masalah yang dikesan ialah diakibatkan dari permukaan pada suis pelipat cermin sisi yang tidak konsisten.
  • Model yang mempunyai masalah ini ialah 27,912 unit Honda Accord (2013-2016) dan 971 unit Odyssey tahun 2014 - 2017.

 

 

Pada waktu berita ini diterbitkan, Honda Malaysia sudah mempunyai 50 peratus dari komponen yang perlu digantikan (pengesan bateri dan komponen cermin sisi).

Kepada semua yang terbabit, harap terus berhubung dengan pengedar Honda atau pusat servis untuk membuat temujanji.

Honda Malaysia menegaskan tidak ada lagi kes kebakaran, kemalangan atau kecederaan akibat kerosakan komponen tersebut di Malaysia dan Honda Malaysia berharap pemilik akan segera menggantikan komponen tersebut.

Kesemua pemilik akan dihubungi melalui surat dan pemilik tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk proses penggantian.

 

Untuk keterangan lanjut, layari www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau hubungi nombor bebas tol Honda Malaysia pada 1-800-88-2020.

Syabas Honda Malaysia kerana mengamalkan dasar panggil semual secara terbuka dan tidak hanya bergantung kepada panggilan telefon dan surat kerana ia membuktikan mereka profesional.

Semua syarikat kenderaan mempunyai masalah recall atau panggil semula - cuma Honda dan beberapa syarikat sahaja yang berani mengumumkan secara terbuka kerana mereka mahu bersikap telus.

Kepada pemilik kenderaan recond pula, anda perlu lebih peka dan rajin mencari informasi seperti dari kelab kereta kerana jarang ada penjual kereta recond yang menolong melakukan proses recall. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…