Recall: 425 unit Ferrari 296 GTB dan 296 GTS berisiko alami kebocoran pada saluran minyak

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Ferrari baru-baru ini telah menasihatkan pemilik model 296 GTB dan 296 GTS hibrid supaya tidak memandu Ferrari mereka, disebabkan risiko berlaku kebocoran pada saluran minyak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ferrari telah memanggil semula model terlibat kerana ia mendapati bahawa kemungkinan kebocoran boleh terbentuk dalam paip penyambung tangki bahan api, dimana ia melibatkan 425 unit model tersebut.

Menurut laporan National Highway Traffic Safety Administration’s (NHTSA), Ferrari mendapati bahawa paip penyambung tangki bahan api aluminium berisiko menyentuh penutup perlindungan bateri voltan tinggi yang diperbuat daripada gentian kaca dan keluli inox.

Hal ini kerana aluminium dan keluli boleh bertindak balas secara kimia, menyebabkan kakisan terbentuk dan membawa kepada kebocoran bahan api, yang meningkatkan risiko kebakaran kepada model 296 GTB dan 296 GTS.

 

2

 

Bagi mengatasi isu tersebut, Ferrari akan menggantikan paip penyambung tangki bahan api semasa dengan yang lengan pelindung getah anti-menghakis, yang akan dibuat secara percuma

Ferrari akan menghantar surat notis kepada pemilik model yang terjejas pada atau sebelum 7 Julai, Ferrari juga menasihatkan pemilik untuk menghubungi pengedar Ferrari terdekat untuk menjadualkan pembaikan.

Setakat ini juga, Ferrari belum menerima apa-apa laporan mengenai insiden yang melibatkan isu tersebut, menurut dokumen NHTSA, Ferrari turut menghentikan jualan bagi model terlibat sebelum ianya dibaiki.

Ferrari juga dilaporkan telah memasang pelindung getah anti-menghakis untuk model Ferrari 296  yang sedang diproduksi bermula 20 April lepas.

 

Sumber: NHTSA

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…