Recall: 1.1 juta unit Tesla dipanggil semula di China, libatkan masalah brek

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tesla dilaporkan akan memanggil semula lebih 1.1 juta model Tesla di China, libatkan Model S, Model X dan Model 3 dengan risiko isu keselamatan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut kenyataan State Administration for Market Regulation (SAMR) di China, Tesla akan memanggil semula 1,104,622 model yang dihasilkan antara 12 Januari 2019 dan 24 April 2023, bermula 28 Mei ini.

Menurut kiraan dari CNN, bermula tahun 2019 hingga 2023, Tesla telah menjual lebih 1.09 juta unit EV di China.

 

2

 

Menurut kenyataan SAMR juga, Model terlibat mempunyai masalah yang boleh meningkatkan kebarangkalian pemandu "tersalah pijak pedal pemecut", yang boleh meningkatkan risiko perlanggaran dan menimbulkan "bahaya keselamatan".

Istilah mudah untuk difahami adalah masalah brek, dimana beberapa insiden melibatkan masalah tersebut telah berlaku di China.

Bagi mengatasi isu tersebut, Tesla dikatakan merancang untuk membuat pelarasan atau menambah ciri pemberitahuan kepada model yang dipanggil semula bagi mengurangkan risiko.

 

3

 

Masalah akan diselesaikan dengan kemas kini perisian, dimana ia akan membaiki keupayaan untuk mematikan brek regeneratif dan memberi amaran apabila pemandu memijak pedal pemecut dengan kuat.

China merupakan antara pasaran jualan dan pemasangan terbesar Tesla, dimana kilang di Shanghai yang dibuka pada Januari 2019 menjadi antara kilang terbesar mereka.

Kemudahan di Shanghai telah pun menjadi hab eksport utama syarikat Tesla, dimana kilang tersebut membekalkan EV ke kebanyakan pasaran di luar Amerika Utara.

 

Sumber: CNN

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bukan itu sahaja, beberapa varian tertentu turut diberikan naiktaraf prestasi. Seperti contoh,…
Berita Domestik
Bangunan dua tingkat tersebut mempunyai keluasan sekitar 55,000 kaki persegi itu turut menempatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, kos sebenar pek bateri sebenarnya jauh lebih mahal berbanding apa yang…