Rebut tawaran menarik dan promosi istimewa di Naza Gaya Raya Autofair 2018

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Kumpulan Naza juga turut tidak ketinggalan menawarkan promosi ekslusif kepada pelanggan Naza Automall menerusi kempen Naza Gaya Raya Autofair 2018.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menerusi kempen yang bermula dari sekarang sehingga 30 Jun 2018, Naza menyediakan pelbagai tawaran istimewa termasuklah rebat tunai, kelulusan pinjaman segera, insurans serta cukai jalan percuma, pakej penyelenggaraan percuma, baucer serta bayaran bulanan percuma tertakluk kepada terma dan syarat. 
 


Kesemua tawaran tersebut adalah sah ke atas 14 jenama yang bernaung di bawah Kumpulan Naza termasuklah Maserati, Brabus, Kia, Peugeot, Chevrolet, Ducati, Vespa dan juga Indian Motorcycle. 

Pelanggan juga turut berpeluang menikmati potongan harga sehingga 15% bagi kenderaan mewah baharu dan terpakai yang dibawa masuk secara sah seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard dan juga Toyota Harrier. 
 


Menurut CEO Kumpulan Naza, Dato' Samson Anand George, "menerusi Naza Gaya Raya Autofair 2018 ini, kami menyediakan tawaran yang terbaik bagi kesemua jenama di bawah satu bumbung, baik yang baharu mahupun kenderaan terpakai, khas untuk pelanggan menyambut Hari Raya Aidilfitri."

Pelanggan Naza Automall yang telah membuat pembelian kereta dan motor idaman mereka bakal merebut peluang memenangi pakej percutian khas selama empat hari tiga malam bagi menonton perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2018 bertempat di Moscow. 

 

Selain daripada tawaran untuk pembelian kenderaan, Kumpulan Naza juga turut membuat promosi di dalam bidang hartanah dan tawaran biasiswa pendidikan di bawah Naza College of Technology and Business selain turut berpeluang menjalani program Sijil Kemahiran Malaysia di Naza Academy, Gurun. 

Turut disediakan beberapa trak makanan yang diletakkan berdekatan dengan ruang pameran bagi memudahkan pengunjung menjamu selera sambil melawat Naza Automall. 

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi Naza Automall di Petaling Jaya.
Waktu operasi bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang untuk hari biasa, dan bermula dari 10.00 pagi hingga 7.00 malam untuk hari minggu. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Mereka (kerajaan) telah menamatkan perkhidmatan kami dan memberikannya kepada Spanco. Kerajaan…
Berita Domestik
Perkara tersebut disahkan menerusi satu siaran media yang dikeluarkan baru-baru ini. Difahamkan,…
Informasi
Syarikat-syarikat automotif yang berpayung di bawahkumpulan Naza adalah seperti Naza Italia, NZ…