Rebut peluang menangi pelbagai ganjaran menarik di Mesra Redemption Portal!

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini melancarkan portal tebusan mata ganjaran Mesra dalam talian baharu selain memperluaskan lagi rangkaian peniaga sehingga 81 buah jenama.
Modenas

Pengenalan ini memberikan kemudahan kepada ahli Mesra bagi menebus mata ganjaran dengan lebih cepat dan pantas. 

Selain daripada itu, para pemegang kad Mesra juga boleh mendapatkan pelbagai tawaran menarik selain daripada pembelian bahan api dan barangan di Kedai Mesra. 

Antara ganjaran yang ditawarkan termasuklah baucer membeli belah, makanan, produk kecantikan, serta pelbagai tawaran menarik daripada jenama-jenama besar seperti Tealive, Baskin Robbins, TGV Cinema, Legoland, AirAsia BIG, Sunway Lagoon, Inside Scoop, Llao Llao, La Juiceria, dan San Francisco Coffee. 
 


Ketika majlis pelancaran, Dato' Sri Syed Zainal Abidin selaku Pengarah Urusan dan CEO PDB berkata, "kami amat teruja untuk memperkenalkan portal tebusan ganjaran Mesra baharu, yang direka untuk memberikan lebih kemudahan dan fleksibiti kepada ahli Mesra menguruskan mata ganjaran mereka.

Portal ini juga turut menyediakan opsyen tambah nilai kepada ahli yang kekurangan mata ganjaran Mesra, serta ganjaran dalam bentuk e-baucer sebagai bukti di kedai-kedai peniaga yang terpilih. 

Serentak dengan itu, Petronas juga turut menganjurkan Mesra Rewards Festival bertempat di Sunway Pyramid dari 27-29 September ini di mana anda boleh mendaftar sebagai ahli Mesra dan menerima 200 mata ganjaran. 

Selain daripada itu, kesemua ahli yang berdaftar akan menerima sekeping token untuk menebus lebih daripada 1,000 buah hadiah dari Giant Capsule. 

 


Hadiah yang ditawarkan termasuklah mata kesetiaan dari Mesra, Sunway Pals, AirAsia BIG serta baucer bahan api, barangan PETRONAS, pembersih hampagas Dyson dan Dibea, Google Home Mini, Samsung Galaxy Note 10 dan VIVO S1. 

Terdapat juga cabutan bertuah khas Mesra Hour di mana para pemenang berpeluang untuk menebus pelbagai barangan dengan hanya 100 mata ganjaran, termasuklah tiket penerbangan dan gajet!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mesra.com.my/mesrarewards

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Petronas Dagangan Berhad (PDB) kini kembali lagi dengan kempen tahunan Mesra Bonanza dengan…