Rebut peluang menangi motosikal kustom Honda C600R di Art of Speed 2018!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai salah satu cara untuk menarik minat ramai pengunjung ke Arf of Speed Malaysia 2018, pihak pengurusan acara mega tahunan itu memutuskan untuk memilih sebuah motosikal yang ikonik sebagai hadiah utama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemenang bertuah bakal membawa pulang sebuah motosikal kustom C70 yang telah diubahsuai dengan enjin empat lejang 4 stroke berkapasiti 600cc daripada jentera Honda XR600R. 

 


Digelar sebagai "Papa Jahat", motosikal ini diperlihatkan dalam satu majlis tertutup bersama para media bagi melihat dengan sendiri betapa motosikal ini mampu mengujakan sesiapa pun yang melihatnya. 

Jika hadiah sebelum ini RX-Z Twin Boss mengetengahkan idea bebas, rekaan kustom kali ini hadir dengan idea mahu menjadikan C70 ini di dalam bentuk yang seasli mungkin kecuali bahagian enjin 600cc yang besar gedabak itu.
 


Menurut Mohammad Irwann bin Mohd Azlan yang lebih dikenali dengan nama Cheng dari FNG Works Ipoh, Perak, antara kesukaran yang dialami kali ini ialah kerja-kerja mereka semula rangka asal C70 bagi menampung kuasa dan beban enjin baru yang dimuatkan pada motosikal kecil itu. 

Antara perubahan besar yang boleh dilihat ialah kerangka baharu yang telah direka semula dan diperkukuhkan, lengan ayun yang diambil daripada Honda Wave, serta sistem suspensi fork hadapan yang dihasilkan secara khusus untuk memuatkan tayar baharu itu. 


Menurut Cheng lagi, oleh kerana kedudukan kerangka yang baharu itu, kapasiti tangki bahan api terpaksa dikecilkan supaya idea asal untuk mengekalkan saiz dan imej C70 itu tidak dikorbankan. 

Setakat artikel ini ditulis, motosikal tersebut masih di dalam proses pembikinan yang teliti bagi memastikan konsep minimalist streetcub dapat diterjemahkan dengan baik menerusi hasil akhir projek kustom ini. 

Jadi, adakah jentera C600R dengan kos keseluruhan (setakat ini) mencecah RM45,000 ini bakal menjadi milik anda? 
 


Untuk merebut peluang keemasan itu, anda semua dijemput hadir beramai-ramai ke Festival Art of Speed 2018 yang akan berlangsung pada 28-29 Julai ini di MAEPS, Serdang dan berpeluang untuk membawa pulang sebuah Honda C600R yang serba unik dan cool ini. 

Selain daripada jentera ini, pihak Art of Speed juga turut menyediakan hadiah cabutan bertuah pada hari Sabtu berupa lawatan ke Jepun yang ditaja bagi menghadiri acara motosikal terkemuka di negara matahari terbit itu. 

Jumpa di sana!

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara tersebut telah berlangsung di Dewan A Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) selama…
Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah…