Rebut peluang menangi baucer BHPetrol menerusi 9.9 Super Shopping Day Shopee!

oleh Mohamad Hanif|
Khusus buat pelanggan BHPetrol, Bousted Petroleum Marketing Sdn Bhd ingin memberikan ganjaran berupa baucer benilai sehingga RM155,000 apabila mereka membeli belah di gedung atas talian Shopee.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Promosi ini diadakan bersempena acara tahunan membeli belah atas talian yang berlangsung di seluruh negara iaitu Shopee 9.9 Super Shopping Day yang akan berlangsung 27 Ogos sehingga 9 September 2018.

 


Para pelanggan hanya perlu membeli barangan daripada Shopee dan pada hari yang ke-14, mereka akan mendapat peluang untuk memenangi baucer BHPetrol bernilai RM3 untuk setiap pembelian menerusi Fulfilled by Shopee (FBS). 

Manakala pada 7 September pula, BHPetrol Day akan mengambil tempat di mana para pelanggan juga berpeluang untuk menerima baucer tambahan bernilai RM10.

Bagi pelanggan yang telah memenangi baucer RM3 atau RM10, mereka boleh menebusnya di mana-mana stesen minyak BHPetrol dengan pembelian minimum bahan api sebanyak RM20 atau apa jua barang keperluan kecuali Touch n Go, e-Pay dan barangan tembakau. 

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bhpetrol.com.my atau www.shopee.com.my/99 atau menerusi aplikasi telefon pintar Shopee. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ada baik, ada buruk. Antaranya pembelian barangan secara atas talian, dimana masa kini hampir…
Berita Domestik
Laman e-dagang rasmi Daihatsu Malaysia ini menawarkan pelbagai jenis alat ganti tulen dan OEM yang…
Berita Domestik
Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis rekaan dan saiz yang bersesuaian dengan kenderaan mereka,…