Rebut peluang menangi 17 kerusi kanak-kanak setiap minggu dengan Shell!

oleh Mohamad Hanif|
Bermula dari 17 Februari sehingga 12 April 2020, Shell ingin menggalakkan lagi penggunaan Child Restrain System (CRS) di kalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan kerusi kanak-kanak bernilai RM502.

Peraduan ini dijalankan di 136 buah stesen minyak terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dengan menawarkan peluang kepada 17 pemenang setiap minggu. 

Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, "tidak ramai ibu bapa yang tahu kepentingan untuk memiliki CRS yang bersesuaian, jadi dengan kempen ini kami berharap ia sedikit sebanyak memberikan pendedahan kepada mereka untuk melindungi anak masing-masing ketika di atas jalan raya. 

Untuk menyertai, para pengguna Shell hanya perlu mengisi bahan api minimum RM40 di dalam satu resit, dan mengisi butiran peribadi di dalam borang yang disediakan. 

Harus diingatkan, peraduan ini hanya tertakluk kepada stesen minyak Shell yang mengambil bahagian di sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja. 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Mac ini. 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tertuduh, Nabil Hariz Jefridin, 23, dan B. Thayalan, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas…
Berita Domestik
Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia mengulas, “Terdapat keperluan untuk kita…
Berita Domestik
  “Pemantauan akan dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (…