Rebut peluang bercuti dengan Mitsubishi Outlander dan ASX!

oleh Mohamad Hanif|
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Berita baik buat para pelanggan Mitsubishi yang membeli SUV Outlander atau SUV kompak ASX kerana Mitsubishi Motors Malaysia dengan berbesar hati ingin menawarkan pakej percutian yang menarik. 

Promosi pakej percutian secara percuma ini meliputi kawasan-kawasan tumpuan seperti Cherating, Janda Baik, Desaru dan juga di Cameron Highlands, dan ianya sah sehingga 31 Mac 2019 ini. 

Selain daripada itu, para pelanggan yang menempah dan mendaftarkan SUV Mitsubishi Outlander (varian 2.0 dan 2.4 liter) akan menikmati rebat tunai sehingga RM6,000, manakala Mitsubishi ASX pula sehingga RM4,000. 


Berikut merupakan senarai harga jualan bagi produk SUV Mitsubishi: 

  • Mitsubishi Outlander 2.0L - RM137,888.00
  • Mitsubishi Outlander 2.4L - RM152,888.00
  • Mitsubishi ASX 4WD - RM133,336.08
  • Mitsubishi ASX 2WD - RM118,866.00


Setiap pembelian Outlander dan ASX didatangkan dengan jaminan waranti lima tahun dan jarak perbatuan tanpa had. 

Bagi trak pikap Triton baharu pula, tawaran rebat tunai adalah seperti berikut:

No

Varian

Harga atas jalan tanpa insurans (RM)

Rebat Tunai (RM)

Waranti

1

Triton VGT Adventure X

135,200.00

4,000

Setiap varian Triton hadir degnan jaminan lima tahun waranti atau 200,000 km.

 

Kecuali Triton Quest: Jaminan lima tahun atau jarak perbatuan 100,000 km

2

Triton VGT AT Premium

118,600.00

4,000

3

Triton VGT AT

105,990.00

6,000

4

Triton VGT MT Premium

112,500.00

4,000

5

Triton VGT MT

100,200.00

4,000

6

Triton Quest

78,890.00

5,000

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Hadir sebagai generasi keenam, Triton 2024 tampil serba baharu dengan peningkatan keseluruhan aspek…
Pelancaran
Hadir sebagai generasi keenam, Mitsubishi Triton 2024 kini hadir sebagai salah satu trak pikap…
Berita Domestik
Mitsubishi Triton 2024 yang merupakan generasi keenam itu telah diperkenalkan pada tahun lalu …