Rebut hadiah tunai RM10k menerusi cabaran 'Ace the Space' daripada Proton

oleh Mohamad Hanif|
Bermula dari 23 Mei sehingga 7 Julai 2018, Proton mencabar rakyat Malaysia bagi membuktikan pasukan mana yang paling ramai memenuhi MPV Proton menerusi cabaran Ace The Space.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setiap pasukan tersebut mestilah terdiri daripada peserta yang sama jantina, dan mereka perlu memenuhkan ruang penumpang MPV di dalam masa yang telah ditetapkan. 

Untuk menyertai, setiap pasukan perlulah memuat naik gambar mereka di laman Facebook masing-masing dengan ayat "We ACED THE SPACE in PROTON MPV". 

Kemudian, screenshot muatnaik gambar tersebut perlulah diemail kepada [email protected] beserta dengan butiran peribadi setiap ketua dan timbalan ketua pasukan masing-masing. 

Proton akan menghubungi setiap pasukan untuk hadir ke tempat pertandingan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. 
 


Antara hadiah menarik termasuklah hadiah tunai bernilai RM10,000, telefon pintar, baucer Proton serta jemputan eksklusif ke majlis pelancaran SUV PROTON baharu yang akan diumumkan kelak. 

Terma dan syarat penyertaan boleh dirujuk menerusi laman rasmi Facebook ProtonCars atau layari laman web Proton di alamat https://www.proton.com/en/Promotions/Ace-The-Space-Challenge