Rebut 200 unit Hot Wheels kustom di Art of Speed 2019!

oleh Mohamad Hanif|
Buat para peminat dan pengumpul tegar Hot Wheels, acara Art of Speed tahun ini dijangka meriah dengan kemunculan pek Hot Wheels Japan Historics 3.

Selain daripada itu, mereka juga bakal mempamerkan dua buah kereta bersaiz sebenar Hot Wheels iaitu Nissan Skyline R31 dan Honda City Turbo II. 

Tidak ketinggalan, sebuah Volkswagen Beetle untuk dibawa pulang kerjasama antara Hot Wheels dan juga Hausboom!
 


Nampaknya, pihak Art of Speed ingin memeriahkan lagi hujung minggu anda tahun ini dengan menawarkan 200 unit terhad model diecast Hot Wheels yang dilayangkan warna kustom pada hujung minggu ini. 

Dengan harga RM200 untuk seunit, setiap pembeli akan dihadkan kepada pembelian dua unit sahaja dan model-model tersebut termasuklah Mazda RX-7 FB, Ford Mustang Shelby, Lamborghini Reventon Roadster dan Honda Civic Type R FK8. 

Manakala model Mercedes-AMG GT hanya terdapat tiga unit sahaja!
 


Khusus buat para pemegang kad Mesra Petronas, mereka akan diberikan keutamaan untuk membeli model-model yang dibina kustom oleh KromBandits Diecast Kraft. 

Jangan lupa, Art of Speed 2019 pada hujung minggu ini dengan tiket kemasukan berharga RM20 sahaja!

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menariknya, daripada 163 penyertaan yang diterima daripada rakyat Malaysia, 12 daripadanya telah…
Gaya Hidup
Menerusi hantaran dari laman Facebook 1 Stop Diecast, laman tersebut telah pun membuka sesi pra-…
Berita Global
Hot Wheels Super73-RX akan ditawarkan sebanyak 24 unit sahaja, dan berupaya bergerak sejauh 64 km…