Rebat tunai untuk Ranger WildTrak, Ranger XLT, Focus, Fiesta sempena cuti hujung tahun

oleh HEZERI SAMSURI|
Sime Darby Auto Connexion (SDAC), penegdar tunggal Ford di Malaysia kini menawarkan tawaran menarik untuk beberapa produk mereka.

Trak pikap mewah, Ranger WildTrak menerima rebat tunai Rm5,000 sementara Ranger XLT mendapat servis percuma untuk lima tahun atau 100,000 km (upah dan alatganti).
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Rebat RM23,000 menantikan mereka yang membeli Focus atau Fiesta dan jika itu tidak cukup, ia juga datang dengan kos penyelenggaraan percuma selama tiga tahun dan waranti selama lima tahun.

SDAC turut memberikan pemeriksaan 27-peringkat percuma oleh para juruteknik yang diperakui Ford, dan diskaun sebanyak 20 peratus bagi alat-alat ganti terpilih, termasuk pelincir, brek, tali sawat pemasaan dan pakej-pakej lain, dan diskaun buruh sebanyak 10 peratus bagi pakej-pakej pelincir, brek dan tali sawat pemasaan pada model-model Ford terpilih (Ford Ranger, Ford Everest, Ford Fiesta dan Ford Focus terpilih). 

Promosi tersebut boleh didapati di seluruh negara mulai 18 Disember, 2017 sehingga 17 Februari, 2018.

Bagi pelanggan yang berbelanja lebih dari RM350 di dalam satu invois, mereka juga akan menerima cenderamata Ford (sementara stok masih ada).

Berita Berkenaan

Informasi
Di bawah ialah lapan fakta yang anda tidak tahu dan fakta yang akan membuatkan anda menjadi peminat…
Berita Domestik
Selepas itu, ia akan dibawa ke selatan tanah air di mana peminat Ranger boleh melihat sendiri model…
Pelancaran
Menggunakan platform Ranger T6 yang dipertingkatkan, Ranger serba baharu kali ini jauh lebih…