RE: Nissan, Pelan Pemulihan Nissan Dilancarkan

oleh Qalif Latif|
CEO baharu, Ivan Espinosa, melancarkan pelan pemulihan agresif yang dinamakan "RE: Nissan" dengan langkah-langkah utama berikut
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Pelan Pemulihan Agresif: "RE: Nissan"

Bagi membendung situasi yang semakin parah, Nissan memperkenalkan pelan pemulihan yang dinamakan "RE: Nissan", di bawah kendalian CEO baharu Ivan Espinosa. Beberapa langkah drastik telah diumumkan:

  • 20,000 pekerjaan akan dipotong secara berperingkat sehingga 2027, termasuk 10,000 yang diumumkan baru-baru ini.

  • 7 kilang akan ditutup, mengecilkan jumlah kepada hanya 10 kilang global.

  • Penjimatan kos sebanyak USD 3.4 bilion disasarkan melalui:

    • Pengurangan 20% kos kejuruteraan,

    • Pemudahan proses pembangunan (pengurangan 70% kerumitan),

    • Mempercepatkan pembangunan kenderaan dari 4 tahun ke hanya 2.5 tahun (30 bulan).

  •  Pembatalan projek kilang bateri baharu di Kitakyushu, Jepun.

  • Kukuhkan kerjasama strategik bersama Renault dan Dongfeng untuk operasi di Eropah dan China.

Nissan masih mempunyai rizab tunai kukuh sebanyak USD 23 bilion, serta talian kredit tambahan USD 14.2 bilion bagi menyokong pelan pemulihan ini.

Re Nissan
RE: Nissan dilancarkan oleh Ivan Espinosa

Cabaran Berganda: China, EV & Tarif AS

Nissan kini berhadapan cabaran besar di pasaran China, di mana pengeluar seperti BYD, Geely dan Nio semakin dominan dalam segmen kenderaan elektrik (EV). Pada masa yang sama, tarif import dikenakan oleh bekas Presiden AS, Donald Trump, dijangka menambah kos sebanyak USD 3 bilion tahun ini.

Re Nissan

Sebelum pelantikan Ivan Espinosa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nissan pada 1 April 2025, jawatan tersebut dipegang oleh Makoto Uchida. Uchida dilantik sebagai CEO pada Disember 2019.

Sebelum ini, Honda menolak cadangan penggabungan secara setara dan sebaliknya mahu menjadikan Nissan sebagai anak syarikat. Ketegangan ini memuncak apabila Honda hilang keyakinan terhadap pelan pemulihan Nissan, hingga mendesak agar CEO ketika itu, Makoto Uchida, berundur daripada jawatannya dan digantikan Ivan Espinosa

Harapan: Tahun 2026 Untuk Kembali Untung

Ivan Espinosa menyatakan bahawa tahun fiskal 2025 akan menjadi tahun transisi, dengan sasaran untuk kembali mencatat keuntungan pada tahun 2026. Jika pelan "RE: Nissan" berjaya dilaksanakan dengan berdisiplin, jenama ini mampu muncul semula sebagai syarikat automotif yang lebih ramping, efisien dan kompetitif dalam pasaran global yang semakin sengit.

Adakah Honda akan tertarik dengan pelan pemulihan Nissan "Re:Nissan" Ini?

Berita Berkenaan

Berita Global
Tindakan ini hadir selepas tempoh panjang ketidaktentuan berkaitan rundingan dengan pemiutang,…
Berita Global
Reka bentuk lebih tajam, ciri Nismo lebih ketara Model ini membezakan dirinya daripada Patrol…
Berita Global
  Tempahan lebih 17 ribu! N7 merupakan model pertama daripada sembilan kenderaan tenaga baharu (…