RCB, KYT antara rakan kerjasama PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pengumuman kempen MotoGP 2021 oleh pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team semalam, pasukan itu juga turut mengumumkan senarai penaja utama serta rakan kerjasama yang bakal memberikan sokongan sepanjang musim ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat petroleum negara, PETRONAS kekal menjadi rakan penaja utama bagi pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team untuk tahun ketiga berturut-turut.

Daripada senarai yang diperoleh, antara yang mencuri tumpuan adalah kehadiran tiga huruf akronim RCB, atau lebih dikenali sebagai Racing Boy.

 


Jenama Racing Boy berasal daripada perniagaan Meh Kang Auto Parts Trading Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 1998 yang memfokuskan kepada pengimportan dan pengedaran komponen, alat ganti serta aksesori motosikal.

Pada tahun 2013, jenama Racing Boy telah dijenamakan semula sebagai RCB bagi mengukuhkan lagi kedudukan di persada dunia sebagai pengeluar pelbagai jenis aksesori seperti rim, penyerap hentak, sistem brek, komponen enjin dan pengendalian.

Selain daripada RCB, jenama helmet yang berasal dari Indonesia, KYT turut tersenarai sebagai salah sebuah rakan kerjasama bagi pasukan PETRONAS Yamaha SRT.

Selain daripada PETRONAS, Sepang International Circuit, RCB, dan KYT, berikut merupakan senarai rakan kerjasama bagi pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team

 


WITHU - jenama komersial bagi Europe Energy Group, dan salah satu penaja pertama ketika pasukan PETRONAS Sepang Racing Team mula ditubuhkan

GREEN POWER - jenama yang memiliki kepakaran menghasilkan dan menjual alat generator

BARRACUDA - jenama pereka aksesori motosikal utama yang berpengkalan di Florence, Itali, dan ditubuhkan pada tahun 2002.

MONITOR - jenama fesyen yang memiliki tradisi yang cukup panjang dalam penghasilan kasut, dan pasaran terbesar jenama itu adalah di Sweden dan Norway.

FLYMETO.COM - laman web pelancongan yang menyediakan perkhidmatan pencarian laluan penerbangan, transit, dan tempat penginapan daripada lebih 2 billion data, semuanya di dalam satu platform tunggal.

Monster Energy - syarikat pengedaran dan pemasaran minuman tenaga dan minuman alternatif, Monster Energy bukan sahaja sebuah jenama minuman sukan tipikal, akan tetapi ia sebuah gaya hidup aktif yang sebenar.

PBR - syarikat antarabangsa yang memiliki kepakaran menghasilkan sproket transmisi, dan aksesori motosikal yang merangkumi bar hendal, pelincir rantai, pad pelindung dan macam-macam lagi.

MRA - sebuah lagi jenama aksesori motosikal terkenal, dan memiliki kepakaran dalam menghasilkan reraup motosikal, skrin penghadang angin, dan pelana untuk kegunaan litar lumba.

Akrapovič - pengeluar sistem ekzos premium yang tidak perlu diperkenalkan lagi, di mana mereka amat terkenal dengan sistem yang dibina untuk peningkatan prestasi, bunyi yang tersendiri, serta rekaan yang inovatif.

SAKURA KOGYO - syarikat pengeluar produk aftermarket dari Jepun yang mempunyai pengkhususan di dalam sistem ekzos, peredam ekzos, serta produk sampingan seperti topang motosikal, dan pelindung rantai.

ALPINESTARS - pengeluar produk kelengkapan perlumbaan profesional dan memiliki pengalaman di dalam Formula 1, NASCA, AMA, World Motocross dan MotoGP.

BETA - syarikat penghasil alat pertukangan yang memiliki kepakaran sejak 50 tahun yang lalu, selain turut menghasilkan produk khusus untuk pembaikan motosikal seperti peralatan penyelenggaraan, stand, dan jack.

CAFFÈ GIACOMELLI - syarikat pemanggang kopi yang berasal dari Itali yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu yang memiliki kepakaran dalam pasaran kopi selama lebih 20 tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan daripada Reuters memetik kata-kata seorang eksekutif Sony, Izumi Kawanishi yang menjelaskan…