Razlan Razali - "Saya berharap Rossi akan hantar saya pesanan Whatsapp"

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengurus besar pasukan MotoGP Petronas Yamaha Sepang (SRT), Datuk Razlan Razali berkata beliau memeriksa telefonnya setiap hari dengan harapan pelumba lagenda, Valentino Rossi akan menghantar pesanan Whatsapp kepadanya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Razlan merujuk kepada fakta di mana Rossi sudah mengumumkan bahawa kemungkinan besar beliau akan berlumba dalam tahun 2021 dan pihak Yamaha pula berkata mereka akan membekalkan Rossi dengan sebuah jentera "factory" Yamaha seperti yang ditunggang oleh Vinales dan Quartararo.

Apa yang ditunggukan sekarang cumalah persetujuan antara Rossi dan pasukan MotoGP dari Malaysia, SRT.

 

 

Menurut wawancara Razlan bersama Crash.net,  beliau berkata sehingga Khamis lalu, tidak ada sebarang perkembangan baharu tetapi sekiranya ia berlaku (Rossi berminat untuk menyertai SRT), pasti permintaan Rossi itu tidak akan diketepikan kerana lagenda juara dunia 9 kali itu mempunyai faktor yang besar untuk pasukan SRT.

Walaupun pihak SRT mahu melatih pelumba muda, tetapi kekuatan Rossi adalah jauh lebih bermakna dari objektif asal SRT.

Razlan bagaimanapun berkata pihak SRT perlu memahami apa yang diperlukan oleh Rossi dan kerana itu, beliau masih menunggu pesanan Whatsapp dari The Doctor itu.

Berita Berkenaan

MotorGP
RNF Racing, yang diterajui Razlan merupakan sebuah pasukan yang dijenamakan semula daripada…
MotorGP
Dalam satu temubual yang diadakan secara maya baru-baru ini, Razlan menegaskan pasukan baharu SRT…
MotorGP
Menurut laporan daripada Crash.net, Prinsipal pasukan PETRONAS SRT Razlan Razali memberitahu…