RAYS lancar rim gramLIGHTS 57D Mark-II untuk AE86, MX-5

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar rim terkemuka, RAYS telah melancarkan produk rim terbaharu gramLIGHTS 57D Mark-II yang direka khusus untuk model-model yang digelar neo klasik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model neo klasik ini merujuk kepada model-model era 80-an seperti Toyota Corolla AE86 dan Mazda MX-5 Roadster NA.
 

MX-5


RAYS menggunakan rekaan tradisional enam jejari rim sedia ada dan ia direka untuk menjadi sebuah rim yang ideal untuk kegunaan sukan drift ataupun grip.

Boleh didapati dalam saiz 15 inci (dan warna putih sahaja), RAYS menawarkan dua konfigurasi PCD iaitu 100 atau 114.3, serta saiz offset bermula dari 0 hingga +113 untuk dimuatkan pada kereta-kereta yang disebutkan tadi.
 

57D


Harga jualan di pasaran Jepun bermula dari ¥32,000 (RM1,198).