RAW by Koenigsegg - projek pelajar tahun akhir di bawah seliaan Christian von Koenigsegg sendiri!

oleh Mohamad Hanif|
Tiga silinder.
Tiga tempat duduk.
Tiga pintu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Itu merupakan visi pelajar tahun akhir Esa Mustonen yang berasal dari Finland ketika membangunkan reka bentuk konsep 'RAW by Koenigsegg' ini.

Beliau mengambil jurusan rekaan produk dan industri di Lahti Institute of Design, Lahti, Finland dan berjaya menamatkan latihan industri selama enam bulan di Genesis Jerman (2018) serta enam bulan di Renault Perancis sebelum memulakan projek ini bersama RAW Design House.

 


Di bawah seliaan bos besar Koenigsegg, Christian von Koenigsegg serta ketua unit rekaan Koenigsegg Sasha Selipanov, RAW by Koenigsegg merupakan idea sebuah supercar aras mula yang mengambil inspirasi daripada Koenigsegg Agera One:1.

Ini bermakna, RAW by Koenigsegg ini merupakan supercar seberat 700 kg dengan kuasa 700 hp yang diperoleh daripada enjin tiga silinder Freevalve Tiny Friendly Giant yang membuat kemunculan menerusi model Koenigsegg Gemera.

 

 


Jika dilihat menerusi lakaran asal, Mustonen pada awalnya menggunakan rekaan berpecah yang memaparkan bahagian aerodinamik yang licin dan bersih, dan dalam masa yang sama menampakkan komponen struktur dan mekanikal kenderaan ini.

"Saya membangunkan idea ini dengan membenarkan stuktur keseluruhan sub-rangka belakang dan enjin terdedah sepenuhnya.

Alasan beliau, enjin Freevalve merupakan salah satu hasil unik kejuruteraan, dan beliau mahukan 'jiwa' kereta ini menjadi fokus utama di dalam tema tersebut.

 


Malah, tambah beliau, rekaan ini disengajakan untuk manfaat penyejukan, dan dengan saluran udara yang tepat, ia tidak akan mengganggu aspek aerodinamik di bahagian belakang.

Rekaan diffuser pula diinspirasikan daripada afterburner jet pejuang dan diberikan ciri pergerakan atas dan bawah untuk mencipta dua penampakan yang berbeza.

Reka bentuk hidung supercar ini menurut Mustonen sengaja dibuat sedemikian bagi mengurangkan kesan impak pelanggaran hadapan.

 


Namun, dengan konfigurasi tiga tempat duduk, secara asasnya sebahagian daripada kaki pemandu terletak di dalam ruang 'hidung' tersebut.

Menurut Mustonen lagi, untuk rekaan ruang dalaman kereta ini beliau juga turut mengambil tema inspirasi daripada perlumbaan simulasi, di mana ia menawarkan satu pengalaman baharu buat para pemandu dan boleh digunakan pada kedua-dua dunia maya dan dunia sebenar.

Tambahnya lagi, kereta ini mampu membenarkan pemandu merasai sendiri pengalaman pemanduan sebenar, serta menyalurkan perasaan tersebut ke dalam dunia perlumbaan alam maya (boleh main game dalam kereta?).

 


Adakah ia benar-benar bakal menjadi satu realiti? Hanya Christian von Koenigsegg sahaja yang mampu menjawab persoalan ini.